PART 3

Assalamualaikum :)

Hai olls. Esok hari raya haji.
Eh intro tak masal raya haji.
Hihihi ape khabar semua?
Aku dah start cuti sem tiga.
Maknanya tengah tunggu result and masuk sem empat.
Tapi aku baru sangat cutinya hihi 9/10 haritu last payper.
Paper QMT! or statistics. Weee
Then balik rumah tapi 11hb tu aku naik segamat balik ade program pergi Kluang.
Penat sangat aku jadi sukarelawan UMNO ewah.
Tolong kira undi lepastu kitorang dapat duit, 
beg yang ada calculator, pecil case and pembaris panjang.
Lawak kan bagi calculator? Bukan guna pung. Membaziaq!
Tapi dah rezeki amik jelah. Baru kot wey.
Dalam pencil case tu ada stapler, gunting, pen 3 batang, pengorek and pemadam.
Ni pun tak guna pffft.

Tujuan aku update ni ialah atas sebab dah lama tak update!!!!
Hihihi ni pung pakai laptop adik.
Laptop aku dah jahanam dah boleh lontar kelaut.
Computer rumah pun hmm entahlah.
So laptop ni jelah harapan aku.

Sebenarnya aku nak cerita pasal kehidupan sem 3 aku.
Sebab setakat ni aku rasa sem 3 ni sem yang paling worst.
Semua benda in rush.
Banyak sangaaaaat assignment nak kena hantar.
Quiz lagi presentation. Fuhhhh
aku memang tak boleh lupa.
Test sem ni memang sikit cuma yang banyaknya presentation.
Aku amik 7 subjects sem ni.
Subject dia taklah tough sangat cuma entahlah tak tahu nak describe camane.

Firstly BEL. Ok Bel part 3 sangat menguji minda aku.
Kitorang kena buat online then first draft bagai citations.
Dengan lecturer strict bagi markah seciput sangat takde belas kasihan.
Carrymark aku pun sikit. Banyak gila dugaan.

Second, Eco/ Macroeconomics.
 Eco ni oklah kau kena study betul betul. 
Sebab lecturer dia ajar yang penting je yang remeh dia suruh belajar sendiri.
Tapi yang bagusnya bila nak test dia bagi hint. Tapi tak semua.
First test aku ok! Second test turun gila! 
Sebabnya aku terlalu bergantung pada hints yang dia bagi.
yela apa yg dia bagi jelah aku baca. 
Lepastu terus habis hilang 10 markah essay aku.

Third, QMT/ Statistics. Ok aku suka subjects ni sebab dia maths.
Aku kan suka maths hihihi cuma aku ni malas sikit nak buat latihan.
First test aku teruk jugak. 
Down kot aku masatu yelah subject qmt dah lah aku suka 
tapi kau tak boleh score!
Ape kes der. Kawan aku semua tinggi2.
Masa test 2 terus aku bangkit! Ecewah.
Then Alhamdullillah got 91%.
Ala test je pun hahahah tapi sangat membantu ok!
Lecturer pun baik ;)

Seterusnya, CTU. Last ctu for this sem. Wee
CTU ok cuma ada probs masa nak test. 
Markah pun alahai tak lepas target.
Tapi presentation semua ok. 

Then, Bcomm. Business Communications. 
Ok subject ni sangat aku relax gila masa nak final sebab entahlah
lecture class pun macam tak tahu lah aku belajar ape.
So aku study pun last mins. Gila tak!
Tapi subjects ni takde test dia ada job interview and mock meeting!
Job interview, kau kena konon2 pergi interview then dia tanya soalan.
Dia tengok apperance kita semua.
Mock meeting pulak buat macam meeting betul2 macam kat office tu.
Nervous gila kot time tu kena pakai coat. Present tentang product kita.
Aku jadi head of finance. 
Paling pecah kepala otak fikir last2 4 slides je aku buat. 
Sebab dia taknak banyak2 lagipun group aku semua present.
Tu pun lecturer suruh stop sebab lama sangat. -.-
Takpe yang penting dapat pengalaman.

Mandarin pulak...third languange aku hihihi
Best tapi agak susah bila nak test sebab kena hafal tanda nada semua.
Paling banyak test!
Listening test, ujian lisan ada dua kot. listening pun 2.
Ujian kalendar. 
Dia bagi situasi kau kena cakap la hari tarikh tahun semua dalam cina.
Lepastu kena buat video mandarin. Huayupian.
Konon filem mandarinlah. Buat skrip. Best! Aku suka hihihihi

Lastly KO! LAST KO YAYYY
Hahahahaha tu je yang aku tahu. 
Kitorang ada buat jual jual.
Penat gilos.

Banyak gila aku belajar sem ni banyak benda berlaku.
But Alhamdulillah time final was going well. 
Nervous nak sem 4. Very the senior hahahahah
Sorry post panjang sangat. Bukan orang baca pun aku rasa lol.
Last last aku yang baca sendiri.

Ok tata.
SALAM AIDILADHA.