:(

Assalamualaikum, hai aku tengah cuti hari gawai seminggu dan esok dah nak balik segamat dah. Oh btw lupa nak bagitahu aku tengah Part 4 sekarang, so tinggal 1 je lagi sem study and 1 sem lagi practical.

Sem ni aku tak tahu kenapa dengan aku, aku rasa distracted sangat, kadang2 dlm kls aku hilang fokus belajar, aku kerap kali takde mood. Aku banyak focus kat handphone. Ya Allah kenapa aku camni? mana semangat belajar aku, mana niat aku nak struggle and nak berkorban masa belajar?

Sem ni banyak menduga aku...pasal kawan lah mostly. Bende tu buat aku overthink. Aku sedih. Aku rasa aku jahat dengan orang lain. Aku taknak orang ingat aku berlagak bagus. Setiap kali solat aku doa supaya aku boleh fokus belajar.

Aku tak tahu ape faktor yang dah usik aku jadi cmni..Aku tak suka mengeluh. Tapi boleh katakan sem ni gila. Aku amik 7 subject and semua subjects mostly theory. Lepastu banyak sangat assignment, presentation, pop quiz. Aku tak tahu lah may be usaha aku kurang kot. Bila tengok result orang lain lagi tinggi, aku sedih sbb aku tak boleh score banyak tu. Tapi tulah rezeki kan? Aku bersyukur, cuma aku sedih. Maybe petanda untuk aku strugglle lebih untuk sem ni. Aku selalu ingatkan kat diri aku yang tak selalu kau akan ade di atas sha. Tapi benda tu perit sangat aku nk terima. Mungkin ade kot aku buat silap kat sesiapa.

Aku nak score. Aku nk dapat first class degree. Aku taknak bayar PT. Aku nak dapat ANC. Aku tahu aku boleh tap aku kena struggle lebih. Ada subject aku ok, aku suka sangat belajar benda baru, bagi aku tu ilmu tu indah sangat kalau kita tau kan. Tapi aku still rasa ade benda yg distract aku lately ni. Kadang kadang aku dah semangat then esoknya semangat aku jatuh. Degree aku cakap kau memang tough...Uwaaa..

Rasa nak nangis sekarang. Bila nak habis degree ni? Kadang2 rasa tak sanggup tapi tak baik la cakap camtu. Aku bersyukur aku dah sampai tahap ni...Mungkin kerja banyak snagat kot ke aku sendiri tak reti dividekan masa?

Balik rumah ni pun awal awal aku nk legakan diri, nak pergi jalan, dah pergi dah jalan...tapi bila makin suntuk, aku jadi nervous sbb apa aku rancang tak sepenuhnya aku dapat tunaikan. Masa tu penting sha.

Bila aku ingat result test 1 aku, rasa macam boleh ke aku score final ni? Boleh ke test 1 ni bantu aku naikkan cgpa aku and dapat dekan. Sem ni banyak subject tough and 4 credit hours. Ya Allah nak nangis...kenapa dengan aku ni? Test 2 je boleh bantu aku. InshaAllah aku akan buat yang terbaik. Doakan aku kawan2. Aku rasa aku tak kuat dah. Aku try hard nk jadi kuat, senyum dgn orang. But inside, aku sebenarnya mati. 2 more weeks before final. Bulan Julai nnt hbs lah final.... Aku takut. aku nervous. aku kena gunakan masa sebaiknya. InshaAllah.

Tamatlah sesi luahan hati ini. Esok balik segamat dah. Raya nanti baru balik jb balik. Doakan aku kuat hadapi semua ni. Aamin. Thank you. Bye. Assalamualaikum.